Pemerintah Dinasti kedua Mesir

Nama-nama pemerintah Dinasti Kedua sedang diperdebatkan. Untuk lima raja pertama, sumber-sumber cukup berpandangan sama. Penguasa yang diketahui dalam sejarah Mesir, untuk Dinasti Kedua adalah sebagai berikut:

NamaTempoh
Hotepsekhemwy38
Raneb (juga dibaca Nebra)39
Nynetjer40
Weneg8
Senedj20

Namun, identiti untuk dua atau tiga pemerintah selanjutnya tidak begitu jelas. Di bahagian kiri adalah nama penguasa yang ditetapkan kebanyakan Ahli kaji Mesir purba; di bahagian kanan adalah nama yang terdapat pada Aegyptica Manetho:

PemerintahSenarai Manetho
PeribsenKaires
Nepherkheres
Sekhemib-PerenmaatSesokhris

Dan untuk pemerintah terakhir terdapat kesepakatan:

NamaTempoh
Khasekhemwy17–18

Walaupun Manetho menyatakan bahawa ibu kota dinasti ini berada di Thinis, sama seperti Dinasti pertama Mesir, tiga raja pertama dimakamkan di Saqqara, menunjukkan bahawa pusat kekuatan telah berpindah ke Memphis. Maka, tidak banyak yang dapat diperdebatkan mengenai kejadian-kejadian dalam tempoh itu; catatan tahunan pada batu Palermo hanya kukuh pada bahagian akhir pemerintahan Raneb dan sebahagian pemerintahan Nynetjer. Suatu kejadian penting mungkin terjadi selama pemerintahan Khasekhemwy: banyak ahli kaji Mesir purba membaca namanya sebagai ("Dua Kekuatan yang Dimahkotakan") untuk memperingati penyatuan Mesir Hulu dan Mesir Hilir.